• Gadis 24 Tahun Menang Nombor Ekor RM4.4 Juta Mahu Bersedekah

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    Seorang gadis Sungai Buloh menerima durian runtuh setelah menjadi salah seorang pemenang Jackpot kedua Magnum 4D bernilai RM4,497,266 pada 11 Oktober lalu.

    Memetik laporan China Press, wanita berusia 24 tahun berkenaan berhasrat untuk berkongsi wang dimenanginya bersama ahli keluarga serta golongan miskin.

    "Saya ingin berkongsi kegembiraan dan hadiah wang ini dengan ahli keluarga. Saya juga ingin melabur hadiah wang tunai ini didalam hartanah, dan membelanjakan sebahagian daripadanya untuk pengajian adik lelaki saya dan pastinya, tidak dilupakan untuk kerja-kerja amal juga," ujar wanita berkenaan.

    Beliau yang tidak mendedahkan identitinya merupakan salah seorang daripada 26 pemenang yang berkongsi hadiah keseluruhan bernilai RM10,845,376.

    Wanita berkenaan dan seorang lagi ahli perniagaan lelaki mendapat hadiah wang tunai sama.

    Baki RM1,850,844 lagi dibahagi sama rata kepada 24 pemenang bertuah lain.

    Menurut ahli perniagaan berkenaan, beliau tidak menyangka nombornya yang dibeli dengan harga RM20 memberi pulangan berlipat-lipat kali ganda.

    "Saya tidak percaya saya berjaya memenangi hadiah utama dengan RM20 sahaja," ujarnya dipetik sebuah portal berita.

    Tambahnya lagi, nombor yang dibidanya diperolehi daripada mimpi.

    Jurucakap Magnum melaporkan, menurut peraturan ramalan nombor ekor, apabila hadiah Jackpot pertama melebihi RM30 dan tidak dimenangi, wang tunai melebihi RM20 juta akan diberikan kepada pemenang Jackpot kedua.

    "Kali terakhir ianya berlaku pada Disember 2015," kata jurucakap berkenaan merujuk kepada seorang warga Pulau Pinang menang besar RM69,637,527 - pemenang Jackpot terbesar dalam sejarah Malaysia.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Gadis 24 Tahun Menang Nombor Ekor RM4.4 Juta Mahu Bersedekah "