• Gabungan UMNO-PAS, Jadikan BN Lebih Kuat

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    Sebarang bentuk langkah untuk menyatukan rakyat Malaysia akan terus disokong, kata Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau tidak melihat rancangan menggabungkan UMNO dan PAS sebagai isu sebaliknya menjadikan Barisan Nasional (BN) lebih kuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    "Apa sahaja perkara yang boleh membawa kekuatan dan perpaduan dalam BN dan Malaysia amat dialukan. Sekiranya perkara ini (gabungan) dapat memenuhi maksud itu, mengapa tidak?," katanya.

    Menurutnya lagi, paling penting adalah gabungan tersebut mestilah mampu menyatukan rakyat Malaysia.

    Sebelum ini Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, gabungan yang pertama kali dirancangkan itu diharapkan akan membuahkan hasil.

    "Saya yakin ia akan membuahkan hasil jika gabungan itu disokong masyarakat Melayu yang mengutamakan perpaduan," ujarnya.

    Minggu lalu, Annuar turut menyatakan walaupun ideologi dan cara Umno dan PAS berbeza, parti mempunyai DNA dan matlamat yang sama, iaitu untuk memperjuangkan Islam dan orang Melayu.

    "Oleh kerana PAS adalah dari DNA yang sama, saya percaya ada titik pertemuan. Tidak kira di mana parti pergi, mereka tidak akan berjalan selari ... akan ada titik pertemuan. Ini adalah sesuatu yang kita boleh meraikan," jelasnya.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Gabungan UMNO-PAS, Jadikan BN Lebih Kuat "