• Formula 'Calon Langsung' Tidak Akan Digunakan Pada PRU14

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+

    Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang membidas kenyataan Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dr Johnical Rayong Nyipa yang menyalahtafsirkan mesej Najib dengan menyatakan pengerusi Barisan Nasional membenarkan calon dari luar parti komponen BN bertanding untuk memenangi kerusi untuk BN.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Tiang yang juga ahli parti SUPP menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mahu calon dari parti komponen Barisan Nasional (BN) yang boleh menang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Ini jelas membuktikan kepimpinan tertinggi BN tidak akan mengunakan calon dari luar parti komponen BN yang dinamakan formula 'calon langsung' seperti yang digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tahun lalu.

    Najib yang juga merupakan Pengerusi BN menyatakan mesej tersebut pada program Pemukiman Jentera Barisan Nasional Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang diadakan di Dewan Tun Razak 1 PWTC, Sabtu Lalu.

    “Dr Rayong mungkin terdengar mesej disampaikan Najib pada Sabtu lepas, tetapi saya boleh memberi jaminan bahawa mesej itu bukan dimaksudkan untuk beliau atau partinya. Jadi, jangan menyalahtafsirkan mesej Najib sekiranya tidak menghadiri mesyuarat itu,”

    “Alasannya adalah mudah…ia merupakan mesyuarat tertutup BN yang secara eksklusif untuk 13 parti komponen BN yang menghadirinya dan mesej Najib adalah untuk parti komponen BN sahaja,” ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Formula 'Calon Langsung' Tidak Akan Digunakan Pada PRU14 "