• FINAS Mahu Lahir Lebih Ramai Penggiat Industri Kreatif

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+


    KUCHING:  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menetapkan sasaran untuk melahirkan lebih ramai penggiat industri kreatif sebagai langkah memperkasa pembangunan modal insan kreatif.

    Sehubungan itu, FINAS giat menjalankan Program Siri Promosi Sijil Kemahiran Malaysia - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT).

    Program tersebut memberi penekanan dan pendedahan khusus kepada peserta tentang kepentingan profesionalisme menerusi pensijilan secara PPT.

    Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada pengamal industri kreatif menaik taraf kualiti kemahiran ke tahap lebih tinggi.

    Menurut Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Fauzi Ayob, FINAS telah dilantik sebagai badan peneraju bidang industri kandungan kreatif oleh Jabatan Pembangunan Kemhiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.

    "Ia merupakan manifestasi kepada pelan jangka panjang bagi menaiktaraf kualiti industri melalui pensijilan formal," katanya.

    Teks ucapan beliau yang dibacakan Pengarah Pembangunan Industri FINAS Khalid Maulod pada Majlis Perasmian Program Siri Promosi Sijil Kemahiran Malaysia - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) di Auditorium FINAS Cawangan Sarawak.

    Beliau berkata, beberapa program seumpama itu berjaya dilaksanakan melibatkan 200 Pensijilan SKM - PPT pada tahun lepas.-Sarawakiana








  • No Comment to " FINAS Mahu Lahir Lebih Ramai Penggiat Industri Kreatif "