• Finalis Miss Universe Janji Terus Berlari

    Published: Saturday, 14 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Finalis Miss Universe Malaysia 2017, M Tanalaksiumy mengakui dia tidak akan berhenti di separuh jalan daripada menjadi atlet meskipun turut bergiat dalam dunia seni.

    Malah peserta ratu cantik dari Pulau Pinang yang berusia 23 tahun itu menegaskan dia akan terus bersukan sehingga ke tahap tertinggi.

    Tanalaksiumy yang lebih mesra dengan panggilan Tana juga berazam memastikan dirinya tersenarai dalam acara lari berganti-ganti pada dua temasya berprestij tahun depan - Sukan Komanwel, Australia dan Sukan Asia, Indonesia.

    Tana bersama tiga lagi rakan iaitu Fatin Faqihah Mohd Yusof, Nurul Faizah Asma Mazlan dan Shereen Samson Vallabouy adalah pemenang gangsa acara 4x400 meter pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu.

    "Selepas KL2017 (penampilan pertama) saya kembali untuk fokus dalam pelajaran, menjayakan sesi penggambaran serta menyertai lebih banyak aktiviti sosial bersama masyarakat.

    "Saya tidak akan berhenti daripada menjadi atlet kerana sudah menyertai olahraga sejak berusia 10 tahun. Saya akan teruskan apa yang saya ceburi termasuklah sukan dan pembelajaran di HELP University.

    "Saya akan cuba menyertai acara lari berganti-ganti di Sukan Komanwel dan Asia kerana agak sukar untuk sertai acara individu. Apapun matlamat saya untuk mara setinggi yang mampu dalam bidang sukan," katanya yang berhasrat mencuba sukan golf selepas ini. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Finalis Miss Universe Janji Terus Berlari "