• Fesyen Jean Koyak Rabak Bakal Masuki Pasaran

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    Sanggupkah anda pakai jean seperti ini? Namun inilah fesyen rekaan baru jenama Thibaut dari Jepun.

    Fesyen jean pelik yang menjolok mata ini dipersembahkan ketika Amazon Fashion Week di Tokyo minggu lepas.

    Ia masih belum boleh diperolehi di pasaran dan hanya akan dijual mulai tahun depan. Fesyen ini diperkatakan ramai oleh netizen dan pastinya sesiapa juga yang memakai jean ini akan mendapat perhatian.

    Boleh dikatakan hampir keseluruhan kainnya telah digunting, hanya tinggal bahagian tepi kaki dan sekitar pinggang serta punggung.

    Apa fungsinya jean tersebut direka, tiada siapa yang tahu. Ia lebih kepada fesyen koyak rabak yang memalukan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Fesyen Jean Koyak Rabak Bakal Masuki Pasaran "