• FAS Punya Maruah, Tidak Perlu Bantuan 'Pihak Luar'

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini menafikan dakwaan sebuah portal yang mendakwa Sarawak meminta bantuan 'pihak luar' untuk melunaskan gaji pemain dan pegawai.

    FAS menerusi kenyataan akhbar menjelaskan, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan Presiden FAS, Dato Posa Majais berhasrat untuk bertanggungjawab sepenuhnya dalam apa sahaja berlaku dalam pengurusan persatuan.

    Menurut Posa, FAS masih mempunyai maruah daripada meminta bantuan daripada pihak luar dalam menyelesaikan masalah gaji pemain dan pegawai pasukan Sarawak.

    "Isu pembayaran gaji bukanlah isu besar kerana saya sendiri secara peribadi banyak membantu dalam pembayaran gaji walaupun terdapat sedikit kelewatan.

    "Sepanjang memegang tampuk kepimpinan FAS, isu pemain dan pegawai tidak menerima gaji tidak timbul sama sekali.

    "Diharapkan tiada pihak yang membuat spekulasi liar dan mempercayai mana-mana kenyataan yang bukan dikeluarkan oleh FAS," kata Posa.

    Kenyataan akhbar FAS turut menyatakan fokus persatuan ketika ini adalah untuk membangunkan sukan bola sepak Sarawak secara total dan perlawanan terakhir menentang T-Team pada 28 Oktober nanti.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " FAS Punya Maruah, Tidak Perlu Bantuan 'Pihak Luar' "