• Fadillah Sokong Cadangan Pembesaran Kampung Nelayan Moden Samariang Batu

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof melahirkan sokongannya  terhadap cadangan pembesaran kampung nelayan moden di Samariang Batu, dekat sini.

    "Saya akan menyokong apa yang baik untuk masyarakat agar dapat menyumbang kepada sosioekonomi mereka," katanya dipetik Utusan Borneo ketika merasmikan majlis penutupan Pertandingan Memancing Terbuka Sungai Samariang, semalam.

    Beliau dilaporkan berkata cadangan itu akan dibawa kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg untuk dibincangkan.

    Menurutnya, jawawatankuasa Koperasi Nelayan Samariang Berhad (KNSB) disarankan supaya menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi mengurushkan usaha tersebut.

    "Apa yang penting ialah mendapatkan kerjasama daripada pihak-pihak yang pakar dalam membangunkan konsep kampung nelayan moden.

    "Hanya dengan cara itu, konsep tersebut dapat dilaksanakan dengan baik sekali gus memberi manfaat kepada para nelayan di kawasan ini," ujarnya.

    Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, sekiranya pembesaran kampung nelayan itu dapat dilaksanakan, ia diyakini dapat meningkatkan pendapatan para nelayan yang terlibat kerana mereka bukan sahaja perlu turun ke laut untuk menangkap ikan malah dapat mengusahakan pendapatan di darat.

    "Ia bukan sahaja bergantung kepada aktiviti menangkap ikan malah ia akan menjadikan profesion nelayan sebagai satu perniagaan," katanya. - Sarawakiana

  • No Comment to " Fadillah Sokong Cadangan Pembesaran Kampung Nelayan Moden Samariang Batu "