• F1: Verstappen Juara GP Malaysia PETRONAS 2017

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+

    SEPANG: Pemandu Red Bull, Max Verstappen, meraih hari minggu yang menakjubkan apabila muncul juara perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia PETRONAS 2017 yang juga hadiah ulang tahun ke-20 paling sempurna dalam kariernya musim ini.

    Kemenangan itu juga adalah yang pertama buat pelumba kelahiran Belanda itu untuk musim 2017 selepas tujuh daripada 14 perlumbaan sebelum ini menyaksikan dirinya gagal menamatkan saingan.

    Verstappen mencatat masa terpantas 1 jam 35.576 saat, manakala pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton kedua, dengan catatan 1:36.932s.

    Rakan sepasukan Verstappen yang juga juara di sini tahun lalu, Daniel Ricciardo, ketiga dengan catatan 1:36.589s.

    Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel pula bangkit dari petak belakang dengan meraih penamat di tangga keempat, (1:41.345s).

    Kali terakhir Verstappen muncul pemenang adalah di GP Sepanyol, Mei tahun lalu. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " F1: Verstappen Juara GP Malaysia PETRONAS 2017 "