• F1: Ferrari Belum Menyerah Kalah

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+

    LONDON: Walaupun berdepan beberapa keputusan mengecewakan dalam perlumbaan Formula Satu (F1) sebelum ini, pengerusi Ferarri, Sergio Marchionne tetap memuji peningkatan yang dipamerkan pasukan itu.

    Selepas gagal menamatkan perlumbaan di GP Jepun sebelum ini, pemandu Ferarri, Sebastian Vettel kini ketinggalan 59 mata berbanding pendahulu keseluruhan, Lewis Hamilton dari Mercedes.

    Dalam kategori pengeluar pula, Ferarri kini ketinggalan 145 mata di belakang Mercedes dan status juara kategori pemandu dan pengeluar dijangka akan dapat dimuktamadkan pada perlumbaan di Texas, dua minggu lagi.

    "Musim ini belum lagi berakhir dan masih banyak yang perlu dilakukan," kata Marchionne sempena sambutan ulang tahun Ferarri ke-70 di New York.

    "Saya tidak katakan kami bernasib malang dan saya langsung tidak mempercayainya. Perkara paling penting adalah tidak hilang keyakinan.

    "Saya gembira dengan apa yang pasukan ini sudah lakukan dan saya yakin dalam empat perlumbaan selepas ini, kami akan dapat merapatkan jurang mata dengan Mercedes." - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " F1: Ferrari Belum Menyerah Kalah "