• Ezlynn Sah Cerai

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul Hi Hi Bye Bye, Ezlynn sah bercerai dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

    Adam Fahmy Shamsuddin, 38, melafazkan cerai talak satu terhadap Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 36, di hadapan Hakim Syarie Noorbyetty Nasir tepat pada pukul 10.30 pagi ini.

    Sebelum lafaz cerai dibuat, Noorbyetty mengarahkan Ezlynn dan Adam bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara mereka berdua.

    Permohonan penceraian secara baik itu difailkan oleh Ezlynn pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

    Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 namun sehingga sekarang mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Ezlynn Sah Cerai "