• ESSCom Hantar Kertas Cadangan Sea Checkpoint Kepada Peguam Negara

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+


    LAHAD DATU --- Kertas cadangan mengenai pewujudan pusat pemeriksaan di laut di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) telah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk semakan, kata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), DCP Datuk Hazani Ghazali.

    Beliau berkata perkara itu jika tidak mempunyai halangan akan di bawa ke persidangan Parlimen untuk diluluskan sebelum digazetkan.

    "Kita akan laksanakan sea check point ini dengan teratur seperti yang sudah dirancang dengan Majlis Keselamatan Negara, agensi kerajaan pusat dan negeri,” katanya kepada pemberita.

    Beliau menyempurnakan program Semarak Rakyat Bersama Esscom yang bertemakan Sabah Tanah Airku, di sini hari ini.

    Pusat itu dicadangkan bagi meningkatkan keselamatan termasuk jenayah merentasi sempadan.

    Hazani berkata pada dasarnya cadangan itu di sambut baik dan dipersetujui timbalan perdana menteri dan pemimpin tinggi pasukan keselamatan negara.

    Dalam perkembangan lain, beliau berkata tangkapan yag dilakukan ke atas anggota Abu Sayyaf di Kuala Lumpur dan Sabah bulan lalu tidak memberi impak negatif kepada keselamatan di Esszone.

    Menurutnya suspek yang ditahan itu menyusup masuk ke Sabah lebih awal sebelum kejadian serangan di Marawi, Filipina Selatan.

    “Mereka memiliki kad pengenalan diri palsu dan menyusup keluar ke Semenanjung Malaysia dan mendapatkan pekerjaan di sana,” katanya.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " ESSCom Hantar Kertas Cadangan Sea Checkpoint Kepada Peguam Negara "