• Entulu Tidak Bimbang Jika Tidak Dicalonkan

    Published: Wednesday, 4 October 2017
    A- A+

    Ahli Parlimen Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun menegaskan beliau tidak merasa bimbang mahupun mengambil tahu sebarang 'cakap--cakap' yang mengatakan beliau tidak dipilih semula sebagai calon pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Entulu berkata beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat semampu yang mungkin.

    "Nama (Datuk) Masir Kujat juga tidak dikemukakan sebagai calon (Barisan Nasional) pada PRU ke-12 pada 2008, tetapi kemudian beliau dipilih sebagai calon BN.

    “Oleh itu, saya tidak berasa bimbang atau tidak akan ambil peduli sebarang 'cakap-cakap' atau 'bunyi' sebelum pilihan raya .. Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat semampu yang mungkin,” katanya

    Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai laporan akhbar mengatakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berhubung namanya tidak tersenarai dalam senarai calon parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

    Entulu yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mula menjadi Ahli Parlimen Selangau apabila beliau menang pada PRU Ke-11, bertanding sebagai calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) menewaskan calon SNAP Liman Sujang.

    Tidak lama kemudian beliau menyertai PRS selepas PBDS dibatalkan pendaftarannya pada 2004 dan kini menjawat jawatan Timbalan Presiden PRS.

    Pada PRU ke-12 (2008), Entulu dicalonkan semula dan menang tanpa bertanding.

    Beliau diberi kepercayaan semula untuk mempertahankan kerusi Selangau pada PRU Ke-13 (2011) dan berjaya menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Joshua Jabeng. Beliau memperoleh 12,040 undi manakala Jabeng hanya 3,891 undi. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Entulu Tidak Bimbang Jika Tidak Dicalonkan "