• Elak Bertelagah, Jika Mahu Isu NCR Diselesaikan

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    Isu tanah di Sarawak tidak boleh dianggap remeh kerana sehingga kata putus mengenainya terutama membabitkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) masih belum menemui jalan penyelesaian konkrit.

    Pemakai Menoa dan Pulau Galau yang sinonim dengan masyarakat Dayak masih lagi 'tergantung' walaupun pemimpin di kalangan masyarakat tersebut berusaha mencongak struktur bagi mengatasi masalah itu agar keputusan terbaik mampu dicapai.

    Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Emas sebelum ini berkata, isu tersebut belum mencapai jalan penyelesaian sewajarnya,

    Dalam perkara itu, masyarakat Dayak sendiri perlu lebih terbuka dalam membincangkan perkara ini bagi membolehkan urusan yang dirancang berjalan lancar dan bukannya bertelagah.

    Pada masa sama, kepentingan masyarakat Melayu dan Melanau dalam NCR juga tidak boleh dipandang sepi kerana komuniti ini turut mempunyai hak.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pernah berkata, kerajaan tidak mengabaikan isu tersebut.-Abdul Halim Jantan


  • No Comment to " Elak Bertelagah, Jika Mahu Isu NCR Diselesaikan "