• Edisi Terbaharu Rolls-Royce Phantom Dilancar Di Malaysia

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    PETALING JAYA – Kereta mewah Rolls-Royce Phantom yang merupakan edisi kelapan siri itu, dilancarkan di Malaysia hari ini dengan harga permulaannya serendah RM2.2 juta seunit.

    Pengarah Urusan Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, Datuk Michael Ong berkata kereta berkenaan sememangnya menjadi simbol kejayaan serta kuasa di negara ini.

    “Phantom dikenali sebagai ‘Architecture of Luxury’ (Reka Bentuk Kemewahan) berikutan inovasinya yang terkini serta hiasan dalaman yang diberi nafas baharu,” katanya pada majlis pelancaran di bilik pameran kereta berkenaan di sini.

    Sementara itu, kenyataan Rolls-Royce berkata pelanggan boleh memilih warna yang diingini daripada sejumlah 44,000 warna luaran yang ditawarkan.

    “Mereka juga boleh membuat permintaan bagi reka bentuk khusus atau mengikut cita rasa sendiri daripada sekumpulan pereka bentuk syarikat,” katanya.

    Harga serendah RM2.2 juta seunit itu adalah bagi versi Phantom Standard Wheelbase manakala RM2.5 juta pula bagi versi lebih panjang.

    Siri Phantom itu diperkenalkan buat pertama kalinya pada 1925 dengan edisi ketujuh atau Phantom VII dilancarkan kira-kira 14 tahun lepas. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Edisi Terbaharu Rolls-Royce Phantom Dilancar Di Malaysia "