• Dua pengawal terbunuh tembakan di Istana Arab Saudi

    Published: Sunday, 8 October 2017
    A- A+

    Foto REUTERS
    RIYADH 8 Okt. - Dua pengawal keselamatan terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di Istana Diraja Arab Saudi, lapor media tempatan.

    Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, seorang lelaki berusia 28 tahun dikenali sebagai Mansour al-Amri memandu ke arah pintu gerbang Al Salam di Jeddah dan melepaskan tembakan ke arah pos kawalan diraja sebelum ditembak mati oleh pengawal lain.

    Menurut portal berita BBC, Kedutaan Amerika Syarikat (AS) turut memberi amaran kepada rakyatnya selepas laporan tidak rasmi mengenai serangan di kawasan itu yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.15 petang waktu tempatan dikeluarkan pihak media Arab Saudi.

    “Oleh kerana kemungkinan kegiatan polis sedang berjalan, warga AS disarankan untuk berhati-hati ketika melakukan perjalanan melalui kawasan tersebut,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan ringkas.

    Beberapa hari lalu, polis Arab Saudi menyerbu tempat persembunyian pengganas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan militan Daesh, menyebabkan dua orang terbunuh dan lima lagi ditahan. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Dua pengawal terbunuh tembakan di Istana Arab Saudi "