• Dua Maut Kes Tembak Di Sibu

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+


    SIBU: Dua lelaki maut ditembak ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran di Jalan Pahlawan dekat sini, tengahari tadi.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar ketika dihubungi memberitahu masih terlalu awal untuk memberi maklumat mengenai kes terbabit kerana siasatan masih dijalankan di tempat kejadian.

    "Terlalu awal memberi sebarang maklumat ketika proses siasatan sedang dijalankan, Pesuruhjaya Polis akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat". katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut dan berkata maklumat lanjut akan diberikan kemudian.-Sarawakiana

  • No Comment to " Dua Maut Kes Tembak Di Sibu "