• Dua lagi anggota TLDM buat laporan polis

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+
    IPOH - Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan.

    Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan (gambar) berkata, dua anggota tersebut yang masing-masing berumur 30 tahun cedera di bahagian abdomen dan kini dirawat di Hospital Manjung.

    "Laporan polis dibuat hari ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan. Pihak polis sedang menjalankan siasatan sama ada insiden ini berlaku ketika di dalam bilik tahanan, ketika dikurung atau di luar.

    "Kita juga akan menyiasat sekiranya ada lagi anggota TLDM terlibat dengan insiden seperti ini," katanya.

    Beliau menghadiri Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri di sini hari ini.

    Mengenai kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan yang sama sebelum ini, Hasnan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan forensik terhadap televisyen litar tertutup yang telah dirampas. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Dua lagi anggota TLDM buat laporan polis "