• Dr. Mahmud Terbunuh - Tentera Filipina

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+


    MARAWI CITY: Tentera Filipina hari ini mendakwa terdapat kemungkinan besar perancang serangan bandar ini yang juga seorang rakyat Malaysia, Dr. Mahmud Ahmad terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan, di sini malam tadi.

    Dalam operasi sepanjang malam itu, sebanyak 13 anggota militan terbunuh.

    Timbalan komander operasi tentera Filipina di Marawi, Kolonel Romeo Brawner berkata, pihaknya memerlukan siasatan lanjut termasuk menyoalsiasat tebusan selain melakukan ujian saintifik namun polis percaya Mahmud antara individu yang terbunuh.

    Mahmud bekas pensyarah Universiti Malaya dipercayai menjadi suspek utama yang mendalangi kepungan di Marawi yang berlanjutan selama lima bulan. - Reuters/Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Dr. Mahmud Terbunuh - Tentera Filipina "