• Dr Abdul Rahman, Isteri Ziarah Keluarga Mangsa Kebakaran

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi dan isteri Siti Syorgayah Ahmad Zaidin hari ini menziarahi keluarga mangsa kebakaran di Kampung Boyan.

    Dalam lawatan tersebut, Dr Abdul Rahman meluangkan masa bertemu keluarga mangsa di samping melihat tapak rumah yang ranap.

    Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada dua keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut.


    Selain itu, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan YAKIN turut sama hadir menghulurkan bantuan kepada mangsa.

    Hadir sama Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai Merdehi Mas, Ketua Wanita PBB Cawangan Pantai Damai Jamaiyah Sulaiman dan ahli Skuad Sayang Pantai Damai.

    Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi tadi tiga buah rumah musnah dalam kebakaran yang hampir meragut nyawa lapan sekeluarga.-Sarawakiana




  • No Comment to " Dr Abdul Rahman, Isteri Ziarah Keluarga Mangsa Kebakaran "