• Dolfin Dikesan Di Sungai Thames London

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+


    SATU kejadian yang jarang-jarang berlaku apabila seekor ikan dolfin dikesan berenang di Sungai Thames, London.

    Penduduk setempat menyaksikan perkara aneh itu berikutan haiwan berkenaan berada lebih 64 kilometer dari laut.

    Beberapa video merakamkan kehadiran mamalia laut itu tular di media sosial.

    Sebuah badan RSPCA mengesahkan ia memantau dolfin atau ikan lumba-lumba.

    Polis kemudian mengarahkan supaya haiwan berkenaan tidak diganggu. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Dolfin Dikesan Di Sungai Thames London "