• Ditembak Mati Sebelum Dibakar Di Afrika Selatan

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+


    JOHANNESBURG: Lapan wanita sekeluarga ditembak mati di rumah mereka di Afrika Selatan, kata polis hari ini dengan penyerang turut membakar rumah mangsa.

    Enam daripada mangsa berusia antara tiga dan 18 tahun manakala dua lagi wanita dewasa. Polis berkata, punca pembunuhan tidak diketahui.

    Pembunuhan berlaku malam semalam di perkampungan Embangweni, di barat laut bandar pelabuhan Durban di wilayah timur KwaZulu-Natal.

    “Dilaporkan, jiran mendengar bunyi tembakan dan kemudian rumah terbabit terbakar,” kata jurucakap polis, Thembeka Mbhele.

    Tujuh yang ditembak maut di tempat kejadian manakala seorang kanak-kanak meninggal dunia di hospital.

    Rumah bersebelahan turut dilapor disimbah minyak sebelum dibakar.

    Wilayah KwaZulu-Natal menyaksikan peningkatan dalam pembunuhan bermotif politik walaupun laporan mengatakan ia mungkin perselisihan keluarga.

    Pejabat serantau parti pemerintah Kongres Nasional Afrika (ANC) mengutuk insiden itu, mengatakan, ‘jelasnya ada yang tidak kena dengan wilayah kita.’ Polis berkata, siasatan sedang dijalankan. – AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Ditembak Mati Sebelum Dibakar Di Afrika Selatan "