• Ditahan Kerana Sekat Percintaan

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+


    BAITULMAQDIS – Polis Israel menahan 15 pelampau Yahudi susulan siasatan terhadap kumpulan dituduh mengesan dan mengancam lelaki Arab yang menjalin hubungan dengan wanita Yahudi.

    Antara yang ditahan ialah pemimpin kumpulan pelampau Lehava, Benzi Gopstein.

    Penangkapan dan usaha mencari bukti dilakukan serentak di beberapa alamat di Baitulmaqdis, utara dan selatan Israel, selain penempatan Yahudi di Tebing Barat, kata polis.

    “Seramai 15 suspek diketahui polis sebagai aktif dalam pertubuhan Lehava ditangkap atau ditahan untuk soal siasat kerana disyaki mencari dan mengancam minoriti Arab yang menjalin hubungan dengan wanita atau gadis Yahudi,” kata kenyataan polis.

    Bercakap kepada wartawan pada sesi pendengaran reman di Mahkamah Majistret di Baitulmaqdis, Gopstein mendakwa ditangkap kerana meminta wanita Yahudi jangan menjalin hubungan dengan lelaki Arab.

    Beliau menegaskan tidak melakukan kesalahan.

    “Lehava beroperasi mengikut had undang-undang. Ini semua mengarut,” katanya.

    Mahkamah mengenakan tahanan dalam rumah ke atasnya manakala perintah reman untuk dua yang lain dilanjutkan dua hari. – AFP/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Ditahan Kerana Sekat Percintaan "