• Diplomasi Dengan Pyongyang Gagal - Trump

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata usaha diplomatik dengan Korea Utara sering gagal dan "hanya satu cara yang boleh".

    "Presiden dan pentadbiran masing-masing sudah berbincang dengan Korea Utara selama 25 tahun, perjanjian dibuat dan sejumlah besar wang dibayar.

    "Ia tidak berkesan, perjanjian dilanggar sebelum dakwat kering, memperbodohkan perunding AS. Maaf, hanya satu perkara cara yang boleh," tegas Trump di laman Twitter.

    Trump kini terbabit dalam perang mulut dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dengan mereka saling menghina ketika ketegangan kian memuncak antara kedua-dua negara itu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Diplomasi Dengan Pyongyang Gagal - Trump "