• Dipenjara Kerana Perkosa Isteri Berusia 12 Tahun

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+


    SEORANG lelaki Romania yang berusia 25 tahun telah dipenjarakan selama enam tahun selepas merogol isterinya yang berusia 12 tahun. Dia didakwa melakukan seks dengan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

    Lelaki yang mempunyai latar belakang gipsi itu, berkahwin dengan kanak-kanak berkenaan secara haram di negaranya sebelum berpindah ke Britain.

    Dia yang tidak boleh dinamakan atas alasan undang-undang memberitahu dia akan menghidupkan semula hubungan dengan kanak-kanak terbabit selepas dibebaskan dari penjara kelak.

    Manakala kanak-kanak terbabit yang sedang sarat hamil telah kembali ke Romania.

    Dalam perbicaraan, peguamnya memberitahu lelaki itu telah terikut-ikut dengan amalan secara meluas yang dilakukan oleh gipsi di Romania.

    “Pasangan itu bertemu di Romania dan kedua-duanya juga tidak mempunyai masalah dengan jurang usia antara mereka,’’ kata peguamnya.

    Hakim Patricia Lynch ketika membuat keputusan berkata, isu sebenar ialah hubungan seks dengan kanak-kanak adalah bertentangan dengan undang-undang.

    “Ini bukannya kes melibatkan sesiapa yang memberikan kebenaran sebaliknya kanak-kanak perlu dilindungi,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Dipenjara Kerana Perkosa Isteri Berusia 12 Tahun "