• DID Kenyalang Cipta Sistem Amaran Banjir Menang Anugerah Inovasi

    Published: Saturday, 21 October 2017
    A- A+
    Kumpulan DID Kenyalang dari Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak

    MIRI: Kumpulan DID Kenyalang dari Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak yang mencipta gajet Sistem Amaran Banjir berjaya memenangi Anugerah Inovasi Ketua Menteri Sarawak Bagi Kategori Agensi Negeri pada Majlis Penutupan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2017 di sini semalam.

    Bagi Kategori Agensi Persekutuan, ianya dimenangi oleh Kumpulan IMISAR dari Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, Kuching.

    Manakala bagi kategori Pejabat Residen dan Daerah pula dimenangi oleh kumpulan dari Pejabat Residen Limbang, dan bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan dimenangi oleh kumpulan dari Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

    Konvensyen kali ini bertemakan Inovasi Pemacu Ekonomi Digital, berlangsung pada 17 hingga 19 Oktober 2017 menampilkan 72 Kumpulan KIK dengan jumlah ahli KIK seramai 659 orang dari 47 agensi.

    Daripada jumlah tersebut 33 kumpulan menyertai Kategori Penciptaan manakala 39 kumpulan menyertai Kategori Penambahbaikan.

    Anugerah disampaikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Unggah Embas yang mewakili Ketua Menteri Sarawak.

    Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohammad Moshidi Ghani, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. - Sarawakiana

    Gajet Sistem Amaran Banjir hasil ciptaan Kumpulan DID Kenyalang

  • No Comment to " DID Kenyalang Cipta Sistem Amaran Banjir Menang Anugerah Inovasi "