• 'Dia Lebih Banyak Bersuara'

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    GEORGETOWN: Pengerusi DAP Pulau Pinang, Cho Kon Yeow, menafikan kerajaan negeri dan parti tidak memberi ruang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu untuk bersuara mewakili masyarakat.

    Kon Yeow yang juga EXCO Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri berkata, Yee Cheu bercakap lebih banyak daripada mana-mana ADUN lain, termasuk dirinya.

    "Dia yang banyak suara, lebih daripada saya sendiri," katanya, namun enggan mengulas panjang.

    Beliau ditemui selepas menghadiri Anugerah Sekolah Hijau Peringkat Pulau, di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, petang tadi.

    Terdahulu, Yee Cheu mendakwa tidak diberikan ruang untuk bersuara dalam kepimpinan kerajaan negeri dan parti, sebagai alasan utama untuknya meninggalkan parti.

    Yee Cheu dilaporkan akan meninggalkan DAP sebaik pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang akan dilakukan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 'Dia Lebih Banyak Bersuara' "