• Derma Darah Dapat Tiket Bola Percuma

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    ALOR SETAR - Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kedah akan mengadakan kempen derma darah sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Kedah dan Felda United di Stadium Darul Aman, esok.

    Apa yang menarik, demi menghargai peminat bola sepak 30 penderma darah akan mendapat tiket masuk secara percuma bagi menyaksikan perlawanan yang dinanti-nantikan ramai itu.

    Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail, bas derma darah akan berada di pekarangan stadium itu seawal pukul 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

    “KFA menyediakan 30 tiket kepada 30 penderma yang pertama.

    “Bas derma darah akan mula berada di pekarangan stadium pukul 9 pagi. Pada masa yang sama kita galakkan juga orang ramai untuk derma darah,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Derma Darah Dapat Tiket Bola Percuma "