• Demi Peminat Cilik, Ayda Jebat Batalkan Penerbangan

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    Demi menunaikan hasrat peminat ciliknya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat,25, sanggup membatalkan penerbangannya hari ini.

    Ayda yang sepatutnya menaiki penerbangan pada 3.30 petang ke Kuala Lumpur hadir membuat kejutan kepada Hanez Nabila, 5, di hospital KKH, Bukit Timah di Singapura.

    Hanez mula meminati Ayda sejak dia berusia 3 tahun dan menghidap penyakit kegagalan hati.

    Penyanyi yang popular dengan lagu Nakal Nakal Nakal itu berkata, dia sangat tersentuh hati apabila melihat keadaan Hanez yang masih gagah mengikuti perkembangan kerjaya seninya walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan.

    "Saya diberitahu mengenai adik Hanez oleh pengurusan. Kebetulan saya masih lagi di Singapura, saya cuba ambil peluang untuk bertemu dan memenuhi keinginannya yang hendak berjumpa dengan saya.

    "Apabila bertemu dengan Hanez saya lihat dia seorang kanak-kanak yang sangat ceria,” katanya.

    Terdahulu, Ayda hadir ke kota Singa bagi menghadiri Anugerah Planet Muzik 2017 yang diadakan di MES Theatre, Mediacorp, Singapura malam semalam.

    Ayda tampil membuat persembahan pembukaan anugerah dengan menyanyikan lagu Nakal Nakal Nakal.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Demi Peminat Cilik, Ayda Jebat Batalkan Penerbangan "