• Definisi Pulau Galau Dan Pemakai Menoa Masih Belum Muktamad

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Jawatankuasa bertanggungjawab mendapatkan definisi Pemakai Menoa dan Pulau Galau kini sedang giat mendapatkan input daripada semua etnik terlibat, kata Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    "Kami menerima banyak cadangan sehingga kini daripada pelbagai pihak dan kebanyakan daripada mereka telah mengadakan perbincangan serta mengemukakan memorandum," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau yang juga pengerusi jawatankuasa Pemakai Menoa dan Pulau Galau, memorandum itu sedang dikaji dan yang pasti, kita akan mendapatkan satu difinisi bagi Pulau Galau dan Pemakai Menoa.

    Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak menambah sehingga pagi kelmarin, beliau masih mengalu-alukan pandangan bagi definisi yang sesuai bagi Pulau Galau dan Pemakai Menoa. - Sarawakiana
  • No Comment to " Definisi Pulau Galau Dan Pemakai Menoa Masih Belum Muktamad "