• DBI Properties: Dua Lelaki Direman Dua Hari

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+


    SEREMBAN - Dua lelaki masing-masing berusia 45 dan 30 tahun, yang juga pegawai Syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR), direman dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan penipuan perumahan kos rendah.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai DSP Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata polis memperoleh perintah tahanan reman ke atas kedua-dua suspek itu di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

    "Kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam perbuatan memperdayakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an di Nilai pada Mei lalu menyebabkan kerugian sebanyak RM60,000.

    "Kedua-dua suspek tersebut ditahan Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini susulan penahanan seorang wanita berusia 40-an di Nilai yang dipercayai turut terbabit dalam urus niaga itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
    ​​​​​​​
    Selain kedua-dua suspek, turut ditahan sebelum ini ialah pelakon yang juga Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali Boy Iman.
    Sebelum ini, polis menerima sebanyak 201 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan oleh dua syarikat itu termasuk DBI Properties membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.

    Syarikat berkenaan didakwa menawarkan harga rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih rumah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " DBI Properties: Dua Lelaki Direman Dua Hari "