• Dayak Perlu Ketepi Pandangan Politik Demi Kebaikan Bersama

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun menggesa organisasi berasaskan Dayak mengetepikan pandangan politik jika mahu berkerjasama demi kebaikan komuniti masing-masing.

    “Saya tahu anda semua mempunyai pandangan politik yang berbeza dan berasal dari pelbagai organisasi berasaskan Dayak, tetapi hari ini anda datang ke sini untuk mencari cara untuk memperbaiki komuniti anda,” katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Entulu berkata, meskipun pandangan yang diberikan kurang dipersetujui oleh sesetengah pihak, namun beliau berharap komuniti Dayak dapat bersatu mencari pendekatan baru dalam memperjuangkan sesuatu isu demi kebaikan bersama.

    "Sekurang-kurangnya ia dapat menambah input untuk manfaat komuniti Dayak," ujarnya

    Beliau berkata sedemikian dalam satu forum bersama komuniti Dayak yang bertujuan membincangkan beberapa isu penting seperti perniagaan, pendidikan, pembangunan luar bandar, sosioekonomi, kebudayaan, senia dan isu tanah. - Sarawakiana
  • No Comment to " Dayak Perlu Ketepi Pandangan Politik Demi Kebaikan Bersama "