• Dayak Perlu Beri Kepercayaan Kepada Petugas Khas NCR

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong menggesa komuniti Dayak memberi kepercayaan kepada petugas khas tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mengendalikan isu-isu berkaitan tanah NCR.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Manyin percaya pasukan petugas khas yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sedang menyelesaikan semua isu berkaitan tanah NCR dan akan menemui penyelesaian dalam waktu terdekat ini.

    Beliau turut memberi jaminan dalam tempoh tiga tahun akan datang pemilik tanah NCR akan diberi surat hak milik.

    “Tanah amat berharga kepada Dayak, sama ada Iban, Bidayuh atau Orang Ulu tetapi tanpa surat hak milik, tanah dimiliki bukan harta. Surat hak milik juga memastikan pemilikan tanah khasnya NCR.

    Tambahnya, pemilik akan lebih mudah berurusan dengan bank contohnya permohonan pinjaman bank dengan adanya surat hak milik tersebut.

    “Oleh sebab itu, kerajaan melakukan yang terbaik memastikan lebih banyak tanah NCR dikeluarkan surat hak milik dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.

    Beliau juga berharap pasukan petugas khas itu akan membantu memudahkan pengeluaran surat hak milik oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk tanah-tanah yang telah didokumentasikan oleh Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di bawah projek dokumentasi tanah NCR dilakukannya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Dayak Perlu Beri Kepercayaan Kepada Petugas Khas NCR "