• Dayak Memang Bukan Bangsa Lain-Lain

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    Isu bangsa dalam borang masih lagi dipertikaikan oleh pemimpin PBDSB sehingga kini, isu sebegini sepatutnya sudah reda kerana penyelesaian sudah dilaksanakan oleh kerajaan.

    Yang menghairankan kenapa pemimpin PBDSB masih lagi mengungkit hal berkenaan sehingga kenyataan tersebut bagai mendefinasikan apa kehendak Dayak tidak dituruti oleh kerajaan.

    Dalam isu perkauman ini, kerajaan Malaysia dan Sarawak khususnya amat mengambil berat kehendak dan kepentingan Dayak itu sendiri. Hal sebegini kerajaan tetap melakukan dengan berhati-hati agar perpaduan yang diamalkan selama ini tidak tercela.

    Prihal istilah lain-lain telah lama diselesaikan iaitu ketika Allahyarham Pehin Seri Adenan Satem (Tok Nan) yang menjadi Ketua Menteri ketika itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib turut bersependapat agar perkataan lain-lain dimansuhkan dari setiap borang yang berkaitan.

    Malah Tok Nan dan Najib pada waktu itu berusaha mengangkat martabat Dayak supaya tidak dipinggirkan dari arus pembangunan yang sewajarnya.

    Pemimpin PBDSB seharus mengikuti perkembangan semasa kerana isu lain-lain sudah pun diselesaikan dan ├Ča tidak sepatutnya dibangjitkan lagi memandangkan ia tidak menjadi masalah kepada Dayak lagi ketika ini.

    Apa motif pemimpin PBDSB membangkitkan kembali isu lain-lain ini? Umum mengetahui Dayak tetap Dayak dan mempunyai asal usul, kehidupan dan sosio budaya budaya tersendiri.

    Ia bukan isu yang perlu dibangkitkan dan apa yang penting pada masa kini ialah bagaimana Dayak perlu memperkukuhkan perpaduan dan kesepakatan sesama mereka dan melengkapkan diri untuk memajukan diri dalam pelbagsi bidang agar generasi Dayak seterusnya akan di lihat sebagai bangsa yang berjaya dan bukan hanya bermain isu yang tidak memberi manfaat kepada Dayak. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Dayak Memang Bukan Bangsa Lain-Lain "