• DAP Perlu Diharamkan – Parti Cinta Malaysia

    Published: Sunday, 1 October 2017
    A- A+

    KUALA NERUS – DAP perlu diharamkan di negara ini kerana dilihat sering memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini dan disifatkan sebagai ‘kaki buat kacau’, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan.

    Sehubungan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap DAP sebelum ia merosakkan suasana harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini.

    “DAP ini kerja dia hanya tanam kebencian pada masyarakat, hasut rakyat,” katanya yang dijemput PAS untuk berucap di pentas program Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini malam tadi.

    Beliau berkata, sepanjang sembilan tahun DAP memerintah Pulau Pinang, parti itu hanya membawa kesengsaraan kepada rakyat.

    “Sepanjang sembilan tahun mereka perintah Pulau Pinang, tarif air sudah empat kali naik, sewa kedai pun naik 100 peratus, rumah dibina pun bukan mampu milik, tetapi mampu tengok sahaja, tanah pula habis dijual.

    Kalau dua tahun lagi DAP perintah Pulau Pinang, pasir dan pokok pun mereka boleh jual,” katanya disambut sokongan daripada lebih 200,000 ahli dan penyokong PAS.

    Beliau berkata, apa yang diingini oleh DAP bukan kuasa untuk memerintah dan berkhidmat kepada rakyat, tetapi hanya untuk kepentingan parti dan individu yang tamakkan jawatan.

    “DAP ini kerjasama dengan kaki ‘u-turn’ (pusingan U) sahaja. Pemimpin mereka pun (DAP) didakwa di mahkamah kerana rasuah, macam mana nak jadi pemimpin negara,” katanya. – Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " DAP Perlu Diharamkan – Parti Cinta Malaysia "