• Dakwa FELDA menyeleweng: Rafizi boleh lapor polis

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+
    Beria-ia Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyerang FELDA walaupun serangan beliau akhirnya jadi senjata yang makan tuan.

    Sebelum ini, Ahli Parlimen PKR Pandan mendakwa bahawa Hotel Grand Plaza Kensington bukan milik anak syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

    Bagaimanapun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abd Samad pada sidang media Ahad lalu menafikan tuduhan tersebut.

    Sudah ditegaskan bahawa syarikat FIC Hotel London (private) Limited (FHL) adalah pemilik hotel tersebut dan masih bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan operasi tersebut.

    ‘Kantoi’ dengan jawapan itu, Rafizi dalam kenyataan menerusi Facebook semalam membuat tuduhan baharu bahawa syarikat berkenaan hanya hanya didaftarkan pada 13 Oktober iaitu pada hari yang sama beliau membuat pendedahan mengenai firma itu tidak memiliki hotel di London.

    Rafizi pada pada tarikh berkenaan mendakwa Hotel Grand Plaza Kensington dimiliki syarikat yang didaftarkan di British Virgin Islands (BVI) yang dinamakan FIC London Hotel (Private) Limited (FHL).

    Beliau mendakwa bahawa BVI FLH tidak dimiliki oleh FIC atau FELDA.

    Dalam kenyataanya semalam, Rafizi mendakwa laporan media oleh The Sun dan Sinar Harian memetik Razali sebagai berkata bahawa FLH telah didaftarkan di BVI pada 13 Oktober 2017.

    Namun benarkan FLH didaftar di BVI pada tarikh tersebut sedangkan dalam sidang media, Razali tidak menyebutkannya?

    Sebenarnya, Rafizi cuba memberi gambaran berlaku penipuan atau penyelewengan di dalam FELDA khususnya membabitkan FIC dan Razali serta Shahrir turut terbabit.

    Beliau kemudian menegaskan mahu membuat laporan polis kononnya berlaku penyelewengan.

    Malangnya, tuduhan terbaru Rafizi ini tidak berasas kerana tarikh 17 Oktober yang dimaksudkan beliau sebenarnya mungkin adalah tarikh pengesahan salinan asal oleh peguam bagi syarikat tersebut.

    Wartawan bnbbc.my melihat sendiri salinan sijil saham FHL Limited yang diakui sah oleh peguam Anthony Louca yang berpejabat di London.

    Untuk pengetahuan Rafizi, tarikh pendaftaran syarikat tersebut sebenarnya adalah pada 5 Jun 2015.

    Sehubungan itu, Shahrir menegaskan dakwaan terbaru Rafizi berhubung tarikh pendaftaran syarikat itu menyempang daripada kebenaran.

    “ Sebenarnya, syarikat ini bukan syarikat yang baru. Sebenarnya tarikh 17 Oktober itu adalah tarikh pengesahan salinan asal oleh peguam Anthony Louca,” kata Shahrir kepada bnbbc.my.

    Beliau percaya tarikh yang dimaksudkan Rafizi mengenai tarikh 13 Oktober mungkin merujuk tarikh pengesahan oleh peguam itu ke atas salinan sijil saham FLH Limited yang didaftarkan pada 5 Jun 2015.

    Sehubungan itu, Ahli Parlimen Johor Bahru itu mengalu-alukan jika Rafizi mahu membuat laporan polis sekiranya dakwaan beliau berlaku penyelewengan di dalam FIC.

    “Sebagai Pengerusi FELDA, ini tohmahan serius. Tidak ada syarikat baru ditubuhkan pada 17 Oktober. Saya akan perjelas lebih lanjut dalam taklimat media petang nanti,” katanya. - BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " Dakwa FELDA menyeleweng: Rafizi boleh lapor polis "