• Daiyan Trisha Diganggu Peminat Gila Seks

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+


    SELEPAS gambar artis-artis wanita tanah air seperti Emma Maembong, Eyka Farhana, Fazura dan Zulin Aziz dijadikan pornografi, kini Daiyan Trisha pula menjadi mangsa gangguan seksual.

    Penyanyi dan pelakon drama Coffee Prince itu mengakui dia sering menerima foto lucah melalui laman Instagram miliknya.

    Kata bakal graduan Ijazah Sarjana Muda Pentabdiran Perniagaan dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) ini, Instagramnya pernah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini.

    “Saya selalu menerima foto-foto lucah seperti foto alat sulit lelaki yang dihantar di laman Instagram. Dalam sebulan pasti ada sekali saya menerima foto tersebut. Saya sendiri pelik kenapa mereka tiba-tiba menghantar foto-foto sedemikian.

    “Saya tidak melakukan tindakan apa-apa. Saya hanya membiarkan sahaja tanpa membalas atau memberi amaran. Bagi saya, jika kita tidak melayan perkara tersebut, ia akan terhenti di situ. Lebih baik begitu,” kata Daiyan dipetik daripada Astro Gempak.

    Daiyan merupakan salah seorang penyanyi yang bakatnya digilap melalui YouTube. Sebelum ini, dia sering memuat naik cover nyanyiannya dan kini Daiyan sudah mempunyai hampir 10 buah single.

    Tambah penyanyi lagu Kerana Kau itu, kejadian akaun Instagramnya digodam adalah pada sekitar tiga minggu yang lalu.

    Kata Daiyan, kemungkinan besar akaunnya digodam untuk dijual kepada individu yang ingin followers yang ramai di laman sosial tersebut.

    “Kes saya pula berbeza kerana pihak tersebut mahu memadamkan terus akaun saya. Saya sendiri tak tahu apa sebabnya. Saya bertindak menghubungi pihak Instagram dan menceritakan perkara sebenar.

    “Saya sangat risau kerana laman Instagram merupakan medium untuk saya menonjolkan hasil kerja. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya mendapatkan semula akaun Instagram saya,” tambahnya lagi.

    Sebenarnya, isu gambar lucah yang sering diterima oleh golongan selebriti ni dah jadi macam perkara biasa pula.

    Harapnya lepasni tiada lagi isu mengenai hal seperti ini. Apalah agaknya yang mereka dapat dengan buat kerja kotor macam tu ya. Kalau sebabkan duit, artis ni semua mesti tak akan mudah tertipu.

    Yelah, konon kalau taknak gambar disebarkan, mereka mesti membayar dengan jumlah yang besar. Tapi rasanya artis yang tahu dirinya dipergunakan, mesti tak akan layan benda remeh macam ni kan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

    Subjects:

  • No Comment to " Daiyan Trisha Diganggu Peminat Gila Seks "