• Cubaan Curi Van Aiskrim Gagal

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    MELAKA: Sebuah van aiskrim hampir dicuri ketika pemandunya berurusan dengan kedai serbaneka 24 jam di Taman Kota Laksamana, di sini, kelmarin.

    Dalam kejadian jam 5.15 petang, difahamkan pemandu van aiskrim terbabit Yap Chee Siong, 33, memberhentikan van di hadapan kedai serbaneka sebelum menyedari seorang lelaki memasuki vannya.

    Yap ketika ditemui berkata, dia mengejar van terbabit dan penjenayah tidak sempat menutup pintu di bahagian pemandu lalu dia memanjat dan bergayut sambil van itu cuba dilarikan penjenayah.

    “Saya berpaut pada cermin sisi pemandu (kanan) dan cuba memaksa penjenayah hentikan van. Dia enggan, tapi apabila sampai di persimpangan Kota Laksamana, lori dipandu penjenayah melanggar sebuah kereta sebelum terbalik,” katanya.

    Menurutnya, penjenayah terbabit meloloskan diri selepas van aiskrim itu terbalik.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata, Yap sendiri membuat laporan berkaitan kejadian itu.

    “Kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 379A/511 Kanun Keseksaan. Kami minta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan.

    “Buat masa ini, identiti suspek belum dikenal pasti berikutan pemandu van hanya mengecam lelaki berkulit gelap dan berambut panjang, berusia 30-an,” katanya ketika dihubungi.

    Beliau berkata, akibat cubaan melarikan van aiskrim terbabit, syarikat van itu rugi RM2,000 akibat kerosakan dialami.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Cubaan Curi Van Aiskrim Gagal "