• Cuaca Panas Melampau Di California

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+


    LOS ANGELES: Cuaca panas melampau yang melanda California memaksa kerajaan mengeluarkan amaran kepada penduduk setempat supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

    Menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Nasional, kawasan pinggir bandar, di sini mencatat bacaan suhu sehingga 40 darjah Celsius tengah hari semalam, memecah rekod 37.2 darjah Celsius dicatat pada 1909.

    Suhu melampau juga direkodkan di banyak bandar lain di selatan negeri itu, termasuk Long Beach (40.5 darjah Celsius), manakala Santa Barbara (35.5 darjah Celsius).

    Cuaca panas luar biasa itu turut memaksa pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya minum lebih banyak air ketika menonton perlawanan bola lisut Siri Dunia di Stadium Dodger, di sini.

    Suhu petang ini dijangka menurun kepada 36.1 darjah Celsius.

    "Suhu tinggi ini sangat luar biasa dan ia tidak boleh dipandang ringan," kata agensi berkenaan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Cuaca Panas Melampau Di California "