• Cobbold John Perlu Faham Perbezaan Sekolah Dan Rumah Ibadat

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+
    Pengerusi Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Cobbold John mengulas mengenai Bajet 2018 yang dibentang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyifatkannya sebagai tidak memberi manfaat kepada kaum Dayak di Sarawak.

    Cobbold menyatakan peruntukkan besar diagih kepada kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli Semenanjung serta Bumiputera Sabah dan Sarawak.

    Beliau dipetik Utusan Borneo mempersoal kedudukan kaum Dayak hanya dirangkumi sebagai Bumiputera bukan Islam dengan berkata Dayak tidak perakui kerajaan pusat sebagai bangsa konstitusi.

    Pada masa sama Cobbold membidas peruntukkan kepada sekolah agama seperti sekolah tahfiz sambil membandingkan dengan gereja.

    Dalam hal tersebut, ternyata Cobbold tidak memahami isi bajet yang dibentang. Najib dengan jelas menyatakan yang bajet pada kali ini menyeluruh kepada semua kaum yang terdapat dalam Malaysia, meskipun tidak menyebut Dayak secara spesifik.

    Tiada seorang pun yang tertinggal untuk menikmati faedah daripada bajet tersebut. Bermakna kenyataan Cobbold tidak berasas langsung dan cuba membangkitkan sentimen perkauman.

    Dalam isu peruntukkan sekolah, Dayak pun menikmati agihan peruntukkan kerana ramài anak Dayak belajar di sekolah kebangsaan, SJKC Cina dan sekolah mubaligh di Sarawak. Bahkan memang tidak pernah wujud sekolah Dayak.

    Peruntukkan itu bukan hanya untuk sekolah Islam sedangkan pengagihan begitu adil. Jika sekolah tahfiz atau agama dipertikai Cobbold diberi peruntukkan besar, ia adalah tidak tepat kerana sekolah mubaligh pun mendapat peruntukkan RM50 juta seperti sekolah lain.

    Ia bukanlah peruntukkan untuk memberi keutamaan kepada Islam tetapi ia diagih seadil-adilnya.

    Berkenaan Gereja tidal diberi peruntukkan seperti yang didakwa Cobbold John, beliau sepatutnya perlu rujuk kembali kerana Masjid dan Surau juga tidak disebut dalam Bajet 2018.

    Sekiranya sekolah agama atau tahfiz dibandingkan dengan gereja yang tidak diberi peruntukkan, Cobbold perlu belajar tentang perbezaan sekolah dan rumah ibadat sekali lagi. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Cobbold John Perlu Faham Perbezaan Sekolah Dan Rumah Ibadat "