• Chong Wei, Mei Kuan-Meng Yean terus kemaraan

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bermula langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark, awal pagi tadi.

    Kejayaan itu hadir selepas Chong Wei yang juga pilihan ketujuh kejohanan menewaskan pemain Sepanyol, Pablo Abian 21-12, 21-16 dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung dalam tempoh 37 minit.

    Kemenangan itu menyaksikan Chong Wei akan menentang pemain India, HS Prannoy bagi perebutan tempat ke suku akhir yang dijangka berlangsung tengah malam ini.

    Sebagai rekod, Chong Wei sudah dua kali bergelar juara Terbuka Denmark iaitu pada edisi 2005 dan 2012.

    Sementara itu, beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean turut cemerlang apabila mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan India, Ashwini Ponnappa-Reddy N Sikki 15-21, 21-18, 23-21.

    Mereka akan bertemu pilihan kelapan dari Jepun, Naoko Fukuman-Kurumi Yanao pada aksi pusingan kedua.

    Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi satu lagi pasangan wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang tumbang di tangan pilihan kelima dari China, Huang Dongping-Li Yinhui 17-21, 14-21.

    Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang menjadi wakil tunggal negara layak ke pusingan kedua akan bertemu Wang Yilyu-Huang Dongping.-BHOnline


    Subjects:

  • No Comment to " Chong Wei, Mei Kuan-Meng Yean terus kemaraan "