• Chong Perlu Bantu Guan Eng Menjawab Isu Terowong

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+
    Kehebatan DAP Sarawak membidas setiap usaha kerajaan memang tidak dapat dinafikan sehingga projek yang sudah siap pun dijadikan provokasi untuk menarik sokongan rakyat. Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen tidak akan melepaskan satu pun isu agar kerajaan Barisan Nasional(BN) sentiasa kelihatan kelihatan. Yang penting bagi DAP, BN sentiasa salah di mata rakyat.

    Inilah agenda DAP demi kelangsungan politik mereka. Membidas segala usaha kerajaan yang memberi kepentingan untuk rakyat. Malah Chong pernah membantah usaha kerajaan negeri memohon peruntukkan tambahan sebanyak RM500 juta daripada pusat bagi membangun kawasan luar bandar. Semuanya tidak betul di mata DAP.

    Ketika belum jadi kerajaan mereka berlagak kononnya lebik bijak melaksanakan pembangunan. Namun setelah DAP berkuasa sebagai kerajaan di Pulau Pinang perkara sebaliknya yang berlaku. melaksanakan pembangunan di Pulau Pinang pun DAP sudah tidak tentu arah. Projek terowong dasar laut pun tiada nampak hasil malah kenyataan putar belit sahaja yang sering didengari.

    Seeloknya Chong memberi idea bernas untuk kemajuan Sarawak dan bukan membidas sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat negeri ini. Yang mendapat faedah bila kerajaan BN melaksanakan pembangunan, kaum cina antara kaum yang lebih mendapat manfaat kerana umum mengetahui kaum cina akan merebut peluang meningkat ekonomi hasil daripada pembangunan yang dilaksanakan kerajaan BN.

    Daripada Chong asyik mempersoal usaha kerajaan, adalah lebih baik Chong mempertikai usaha Lim Guan Eng yang membuat pembangunan yang merugikan rakyat. Isu terowong sahaja sudah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM305 juta. Itu baru kos kebolehan laksana. Atas kertas sahaja sudah membazir wang rakyat tetapi bayangan tidak pernah kelihatan.

    Chong seharusnya melihat kepincangan pelaksanaan pembangunan dalam kerajaan DAP sendiri dan lebih tegas menegur kepimpinan DAP Pusat dan Guan Eng yang ternyata tidak melakukan amanah rakyat seperti slogan DAP sendiri Cekap Akautibiliti Telus (CAT).

    Subjects:

  • No Comment to " Chong Perlu Bantu Guan Eng Menjawab Isu Terowong "