• China Tidak Bertolak Ansur Dengan Rasuah

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+


    BEIJING: Presiden China, Xi Jinping, berkata kerajaannya tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan rasuah dalam Parti Komunis yang memerintah.

    Beliau berkata demikian ketika berucap kongres parti itu di sini, hari ini, sambil memberi amaran kegiatan rasuah yang berleluasa mampu mengancam kewujudan parti.

    Jinping berkata, beliau sudah menyaksikan kesan rasuah terhadap ramai pemimpin tertinggi parti, kerajaan dan tentera.

    Dalam ucapannya, beliau turut meminta supaya prinsip Satu China dikekalkan, iaitu merujuk kepada dasar Kerajaan China yang menetapkan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada negara itu.

    "Kerajaan China menentang dan menghalang usaha Taiwan untuk mendapatkan kemerdekaan sejak lima tahun lalu," katanya yang bersedia mengambil langkah sewajarnya untuk menguasai Taiwan jika perlu berbuat demikian. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " China Tidak Bertolak Ansur Dengan Rasuah "