• China Sumbang Peralatan Ketenteraan Kepada Filipina

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+


    MANILA – Jabatan Pertahanan Filipina pada Khamis menerima peralatan ketenteraan yang disumbangkan China bagi membantu Filipina memerangi keganasan, lapor agensi berita China Xinhua.

    Duta Besar China ke Filipina, Zhao Jianhua menyerahkan peralatan itu kepada Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana dan Ketua Staf Angkatan Tentera Filipina Jeneral Eduardo Ano dalam satu majlis yang berlangsung di markas tentera di Metro Manila.

    Sumbangan itu adalah komitmen China untuk membina “hubungan dan kerjasama baik” dengan Filipina, kata Zhao kepada pemberita.

    “Kami bersama memerangi keganasan dan kedua-dua negara perlu meningkatkan kepercayaan agar dapat membina kerjasama baik antara pasukan tentera. Ia juga akan menyumbang kepada keamanan serta kestabilan di rantau itu,” kata Zhao.

    Antara peralatan yang disumbangan untuk penghantaran fasa kedua itu termasuk senapang dan peluru.

    Sokongan berterusan China terhadap Filipina melambangkan satu era baharu keakraban hubungan.

    “Ia sekaligus membuka jalan bagi kerjasama keselamatan Sino-Filipina yang lebih luas dan kukuh pada masa akan datang,” kata Lorenzana. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " China Sumbang Peralatan Ketenteraan Kepada Filipina "