• China nafi lancar serangan siber terhadap AS

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    BEIJING: China menafikan bertanggungjawab melancarkan serangan siber terhadap Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menyasarkan hartawan dalam buangan, Guo Wengui.

    Kementerian Keselamatan Awam negara ini melalui satu kenyataan kepada Reuters memaklumkan, siasatan mendapati `tiada bukti’ penglibatan kerajaan China dalam tuduhan serangan itu.

    Agensi penguatkuasaan undang-undang berkenaan juga memberitahu, China telah pun menyerahkan bukti bahawa Wengui yang memohon suaka di AS telah memalsukan dokumen yang digunakan untuk menyokong dakwaannya itu.

    Hartawan berkenaan telah memuat naik banyak tuduhan rasuah terhadap pemimpin-pemimpin kanan Parti Komunis melalui Twitter dan YouTube sejak awal tahun ini. - Reuters


    Subjects:

  • No Comment to " China nafi lancar serangan siber terhadap AS "