• Chelsea Rugi Biarkan Matic Pergi

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+

    Steven Gerrard mengakui bimbang dengan Liverpool selepas Manchester United berjaya memikat Nemanja Matic yang mengucapkan selamat tinggal kepada Chelsea.

    Pemain Serbia itu menyertai pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan nilai £40 juta pound (RM223 juta) pada jendela perpindahan musim panas.

    Sejak itu, dia membuat permulaan memberangsangkan di Old Trafford dikendalikan oleh Jose Mourinho.

    Pengurus Chelsea Antonio Conte pula menyesali penghijrahan Matic dan menganggapnya satu kehilangan besar buat skuadnya.

    Conte sebelum ini memberi gambaran tidak terbabit dalam keputusan melepaskan pemain itu.

    Gerrard menyifatkan Matic ‘salah seorang lawan paling sukar’ pernah dihadapi dan mengakui terkejut dengan tindakan juara EPL itu melepaskannya kepada pencabar liga.

    "Saya tidak percaya Chelsea menjualnya," kata Gerrard.

    "Saya rasa daripada semua pemain Manchester United saya lihat dan mereka dapatkan sejak beberapa tahun lalu, dia dilepaskan dan sebagai peminat Liverpool, saya kata ‘Oh tidak. Saya harap ia tidak akan berlaku dan kemudian ia berlaku”!

    Dia berkata: "Dia antara pemain paling sukar pernah dihadapi. Kakinya tangkas, bagus di udara, mampu bersaing, sentiasa bersedia, dia boleh berlari dan menyaingi kepantasan larian pemain lawan”.

    "Dia sangat agresif dengan bola atau tanpa bola, dia boleh memecut melepasi pemain lawan dan apa pasti mampu mengejar semula jika bola terlepas”.

    Paul Scholes, bekas pemain Manchester United berkata: "Dia salah seorang pemain sedikit pelik. Tinggi, kaki panjang dan sukar untuk melepasinya.

    "Dia membuat permulaan baik di United. Dia seorang pemain agresif, dia mendapatkan bola dan membuat bentesan. Dia beraksi dengan baik setakat ini."-Evening Standard

    Subjects:

  • No Comment to " Chelsea Rugi Biarkan Matic Pergi "