• Cekup Lelaki Bawa Ganja RM1.58 Juta

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    ALOR SETAR: Tindakan seorang lelaki membawa 527.9 kilogram (kg) ganja bernilai RM1.58 juta di dalam kereta Toyota Alphard untuk dihantar ke Kuala Lumpur mengundang padah apabila dia ditahan polis di persimpangan lampu isyarat di Kuala Kedah, di sini, kelmarin.

    Susulan penahanan suspek berusia 33 tahun itu, polis menahan tiga lagi lelaki berusia 20-an yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah itu.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, penahanan suspek susulan operasi dan risikan dijalankan JSJN Bukit Aman yang turut disertai Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dengan kerjasama JSJN Kedah untuk membanteras kegiatan penyeludupan dadah.

    Menurutnya, operasi itu dijalankan sekitar jam 6 hingga 7 pagi selepas polis menerima maklumat ganja itu yang dibawa masuk ke negara ini menggunakan laluan laut dari negara jiran tiba di muara di Kuala Kedah dengan sebuah bot.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Cekup Lelaki Bawa Ganja RM1.58 Juta "