• Cedera Siling, Bumbung Hotel Runtuh

    Published: Tuesday, 10 October 2017
    A- A+

    PORT DICKSON: Pasangan suami isteri cedera ringan apabila siling dan bumbung bilik penginapan mereka di sebuah hotel di sini, runtuh awal pagi tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Razif Mohd Haris, berkata dalam kejadian jam 4.22 pagi itu, bumbung dan siling bilik di tingkat tujuh itu runtuh secara tiba-tiba.

    "Kita difahamkan pasangan itu dan seorang anak mereka yang berusia lima tahun sedang tidur ketika kejadian. Anak mereka bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

    "Kita masih menyiasat lanjut punca kejadian, namun pemeriksaan awal mendapati struktur bumbung bilik berkenaan dipercayai terjejas mungkin disebabkan faktor cuaca," katanya di sini, hari ini.

    Beliau berkata, keluarga terbabit dihantar untuk rawatan dan pemeriksaan di Hospital Port Dickson.

    Subjects:

  • No Comment to " Cedera Siling, Bumbung Hotel Runtuh "