• Catalonia Bakal Umum Kemerdekaan

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+

    BARCELONA: Sepanyol kini bersedia untuk satu pergolakan politik baharu, selepas pemimpin salah satu wilayahnya, Catalonia dijangka 'mengisytiharkan kemerdekaan' dalam tempoh beberapa hari lagi.

    Carles Puigdemont dalam temu bual dengan BBC berkata, kerajaan pimpinannya akan melakukan pengisytiharan itu pada hujung minggu ini atau awal minggu depan.

    Beliau berkata demikian selepas ratusan ribu penduduk Catalonia mengadakan perhimpunan membantah keganasan polis terhadap penduduk yang mengundi dalam pungutan suara kemerdekaan pada Ahad lalu.

    Kerajaan pusat dan mahkamah mengisytiharkan pungutan suara itu tidak sah, namun pemimpin Catalonia mendakwa keputusan pungutan suara berkenaan menunjukkan wilayah terbabit mempunyai hak untuk berpisah, selain boleh mengisytiharkan kemerdekaan secara sebelah pihak.

    "Kami akan mengisytiharkan kemerdekaan dalam tempoh 48 jam, selepas semua keputusan rasmi dikira," kata Puigdemont dalam temu bual itu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Catalonia Bakal Umum Kemerdekaan "