• Calon PDP Dr Chella Antara Calon Berpotensi Di Parlimen Saratok

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+


    Calon Parti Demokratik Progresif (PDP) Sarawak Dr James Chella dilihat sebagai diantara calon yang berpotensi dan boleh menang untuk kerusi di Parlimen Saratok pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Dr Chella yang juga merupakan seorang doktor di kawasan terbabit dilihat bergiat aktif berjumpa rakyat di kawasan tersebut dengan memperkenalkan dirinya antara calon yang akan bertanding di kerusi itu kelak sekiranya dipilih dan diberikan kepercayaan untuk bertanding dengan tiket PDP.

    Chella juga memohon rakyat dikawasan berkenaan menyokong dirinya dan berjanji akan memastikan kemenangan milik mereka seterusnya akan membawa lebih banyak lagi pembangunan infrastruktur, pendidikan dan ekonomi dalam memastikan kawasan Parlimen Saratok berkembang lebih maju serta memastikan kerusi Saratok kekal menjadi milik PDP.

    Jelasnya, sekiranya inginkan Saratok menjadi lebih berkembang maju maka semua penduduk perlu menyokong penuh dirinya sebagai calon kerusi tersebut dan menjadi wakil bagi menyuarakan suara rakyat Saratok di Parlimen.

    Pada PRU Ke-13 (2013) Tan Sri William Mawan yang ketika itu merupakan presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kini dikenali PDP, bertanding di kerusi Parlimen Saratok dan mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ali Biju dengan majoriti undi 2,081.

    Bagaimanapun tidak lama selepas kemenangan itu, Mawan keluar parti ekoran pertelingkahan dalaman pada Mei 2014 dan menubuhkan parti politik baharu dikenali Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS). - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Calon PDP Dr Chella Antara Calon Berpotensi Di Parlimen Saratok "